LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENDIDIKAN KHAS KE KUALA LUMPUR DAN MELAKA 2012
Lawatan ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 24-27 September
lepas. perserta terdiri daripada 14 orang murid dan 12 orang guru.
Semua peserta bertolak dari sekolah pada jam 11.00 pagi ke lapangan
terbang untuk menaiki pesawat ke Kuala Lumpur. jam 2.00 petang semua
peserta sampai dan berkumpul di KLIA untuk meneruskan perjalanan ke
Melaka.
Melaka : Bermalam di Kg. Morten, pada malam tersebut peserta di bawa
melawat Rever Cruise dengan menaiki bot khas pelancongan. pada keesokan
hari lawatan dan rombongan ke Menara Tanjung sari, melawat Kota A'
Farmosa, Muzium kapal dan Bazaar membeli belah.
sebelah petang rombongan meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur dan telah bermalam di Wisma Belia Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur : Pada pagi rabu peserta rombongan dibawa ke KLCC dan
Petrosains. Lawatan di kedua tempat ini banyak memberi pendedahan dan
pengetahuan kepada peserta tentang keindahan senibina KLCC dan
keindahannya. disini juga peserta didedahkan dengan teknologi petrolium
dan sains galian. sebelah petang peserta dibawa ke Jalan Tengku Abd
Rahman untuk membeli cenderamata, barangan keperluan dan sebagainya dan
selepas itu peserta kembali ke tempat penginapan.
Keesokannya, peserta dibawa menaiki LRT menuju ke menara Kuala Lumpur
sebelum bertolak ke KLIA dbagi menaiki pesawa balik ke Langkawi jam 6.25
petang. Jam 7.30 malam tiba di lapangan terbang Langkawi, kemudian
murid di bawa ke sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing.
Gambar File :
KEM BESTARI SOLAT (KBS) PENDIDIKAN KHAS 2012
TARIKH : 18 & 19 SEPTEMBER 2012HARI : ISNIN & SELASA
MASA : 8.00am - 11.00pm
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN SK KELIBANG
KBS khusus untuk murid pendidikan khas telah berlangsung selama dua hari dan telah melibatkan semua murid islam pendidikan khas di sk kelibang. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan keupayaan murid pendidikan khas bagi melaksanakan ibadat solat dengan lebih baik dan sempurna.
Murid pendidikan khas diharapkan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang cara-cara mengambil wudhuk, perlakuan serta bacaan dalam solat. Disamping itu pelajar pendidikan khas dibantu oleh fesi-fesi untuk menunjuk cara dalam amali dan teori dalam wudhuk dan solat. Hasil daripada kem bestari solat ini hanya terdapat segelintir pelajar yang dapat dicapai manakala sebilangan lagi perlu diberi lebih latihtubi ketika p&p didalam kelas.Tujuan kem ini dilakukan supaya pelajar pendidikan khas dapat berdikari sendiri dalam melakukan solat dengan tertib dan betul.
Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program KBS pendidikan khas ini.
No comments:
Post a Comment